BORANG PENYERTAAN

I AM MODEL SEARCH 2022 TOUR MALAYSIA
poster main.jpg

Pendaftaran I am Model Search 2022 Tour Malaysia sudah bermula sekarang. Sila isi borang di bawah untuk mendaftar & membayar yuran penyertaan.

 

Terbuka untuk mereka yang berimpian menjadi seorang model professional berumur 6 tahun sehingga 35 tahun.

 

Baca syarat-syarat yang dinyatakan sebelum mendaftar.

 

Jumpa nanti di setiap lokasi yang terpilih.

PENDAFTARAN


1. Peserta dikehendaki mendaftar dan mengikuti ujibakat di negeri tempat tinggal masing-masing.
2. Bagi  negeri yang tidak diadakan ujibakat, peserta boleh mendaftar di negeri yang berhampiran.
3. Pendaftaran mengikut kategori umur yang ditetapkan; Kanak-kanak | Remaja | Dewasa

YURAN


1. Pembelian Kasut XES

 a) Peserta dikehendaki membeli sebarang jenis kasut jenama XES di mana-mana outlet kedai kasut XES yang berhampiran dengan pembelian minimum RM50.00 bagi remaja/dewasa dan RM40.00 bagi kanak-kanak. 
b) Bagi negeri atau kawasan yang tiada outlet XES bolehlah membeli secara online di https://shop.xesshoes.com.my/
c) Peserta dikehendaki membawa resit belian kasut XES semasa ujibakat diadakan.

2. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 ( semua peserta akan diberikan sehelai T-Shirt semasa ujibakat diadakan). Sila bawa sekali resit pembayaran ujibakat semasa sesi ujibakat dijalankan dan email resit pembayaran ke iammodelsearchmalaysia@gmail.com. Sertakan sekali Nama peserta, kategori dan lokasi ujibakat.

HARI UJIBAKAT


1. Peserta wajib memakai T-Shirt yang disediakan, seluar jeans skinny berwarna gelap, tudung berwarna hitam bagi yang berhijab dan makeup yang minimal bagi peserta perempuan.
2. Peserta wajib memakai kasut XES semasa  sesi photoshoot dijalankan. Kasut XES juga boleh dipakai semasa sesi ujibakat.
3. Resit pembayaran yuran, pembelian kasut XES dan sekeping gambar bersize 3R (half body) perlu dibawa semasa sesi ujibakat diadakan.
4. Segala perbelanjaan sepanjang ujibakat adalah dibawah tanggungjawab peserta.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
KATEGORI KANAK-KANAK

1. Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

2. Berumur 6 hingga 8 tahun (Kategori A) dan 9 hingga 12 tahun kategori B pada tahun 2022

KATEGORI REMAJA

1. Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan.

2. Berumur 13 hingga 17 tahun pada tahun 2022.

KATEGORI DEWASA BE YOU

1. Terbuka kepada  lelaki dan perempuan.

2. Berumur 18 hingga 45 tahun pada tahun 2022.

3. Terbuka kepada semua golongan dan status tidak kira bujang, masih berkahwin atau yang pernah berkahwin.

4. Penyertaan terbuka buat semua tanpa mengira size badan dan ketinggian. 

CARA PEMILIHAN

1. 3 orang wakil bagi setiap negeri untuk setiap kategori akan dipilih bagi mewakili negeri masing-masing di peringkat national yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

2. Peserta yang terpilih perlu menandatangani borang penyertaan ke peringkat national.

3. Yuran penyertaan ke peringkat national adalah sebanyak RM250.00

4. Peserta yang terpilih ke peringkat national akan mendapat hamper produk tajaan bernilai RM300.00 beserta sijil. 

JOIN FACEBOOK GROUP DENGAN CLICK LINK DI BAWAH

www.facebook.com/groups/auditioniammodelsearch/

FOLLOW YOUTUBE CHANNEL  DENGAN CLICK LINK DI BAWAH

https://www.youtube.com/channel/UC47Esg2oaEhyUQywxt8SdKA

REGISTRATION & PAYMENT

Registration fee is RM52.00 (including transaction fees)

Type of accepted card i.e Debit/Credit Card Visa & Master 

arrow&v
arrow&v
arrow&v

Thanks for submitting!