top of page
Search

BE YOU ONLINE TALENT SEARCH

Updated: Dec 28, 2020




PERTANDINGAN PENCARIAN BAKAT BARU 2021 SECARA ONLINE

BE YOU TALENT SEARCH – BELIEVE IN YOURSELF


KONSEP PERTANDINGAN

Pertandingan ini adalah terbuka buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, latar belakang dan jantina. Peserta yang menyertai pertandingan ini dikehendaki mempersembahkan apa sahaja bentuk BAKAT yang dimiliki oleh peserta seperti menyanyi, menari, berlakon, modelling , membuat lawak jenaka , mengacara, silap mata atau apa-apa bakat yang dimiliki oleh peserta. Konsep pertandingan ini akan dijalankan secara ONLINE dan mengikut format GOT TALENT iaitu terbuka kepada semua jenis bakat. Bagi peserta berumur 18 tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran penjaga/ibu bapa terlebih dahulu.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


i. Terbuka kepada semua Rakyat Malaysia

ii. Tidak mempunyai syarat had umur

iii. Mempunyai apa-apa sahaja bentuk bakat.

iv. Mereka yang mempunyai kontrak dengan mana-mana syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

v. Adab & tatasusila pemaikaian hendaklah dijaga

vi. Tidak menyentuh isu sensitif seperti agama, budaya, bangsa & politik.


CARA MENYERTAI PERTANDINGAN

i. Mengisi borang pertandingan di link yang disediakan iaitu https://bit.ly/36iMhMU

ii. Yuran penyertaan adalah PERCUMA.

iii. Menghantar video penyertaan saringan awal berdurasi 1 hingga 3 minit mengikut format seperti berikut :-

a. Memperkenalkan diri seperti Nama, Umur, Asal & bakat yang akan dipersembahkan (maksimum 30 saat) – fokus video half body dari paras kepala hingga pinggang

b. Video rakaman persembahan talent dalam durasi masa 1 minit ke 3 minit – fokus video adalah full body

iv. Video rakaman proses saringan awal hendaklah di hantar kepada urusetia pada atau sebelum 28 Disember 2020 menggunakan aplikasi Telegram di talian +6011-11909679 dan dipost di instagram peserta dengan menggunakan #doubleeventmanagement #aeroinspires #aidemstudio #BeYouTalentSearch2021 #BeYOUTalentSearch (WAJIB - sila PUBLIC KAN IG).


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DENGAN MENGHANTAR VIDEO MENGIKUT FORMAT BERIKUT.

TALENT - CATWALK MODELLING

a. BEBAS dari segi pemakaian, latar dan muzik latar mengikut kreativiti peserta. Harus diingat ini adalah pertandingan bagi bakat untuk runaway catwalk untuk MODELLING.


TALENT NYANYIAN.

a. Bebas dari segi pilihan muzik. Nyanyian hendaklah dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja.


TALENT PENGACARAAN.

a. Bebas dari segi kontent mengikut kreativiti peserta.


TALENT ALAT MUZIK

a. Semua jenis alat muzik dibenarkan


TALENT LAWAK JENAKA/SILAP MATA

a. Bebas mengikut kreativiti peserta


GABUNGAN BAGI BEBERAPA TALENT JUGA DIBENARKAN TETAPI WAJIB MENGIKUT SYARAT DURASI MASA YANG DITETAPKAN.



TARIKH-TARIKH PENTING

a. Borang penyertaan dihantar sebelum atau pada 28 Disember 2020.

b. Video peringkat SARINGAN hendaklah di hantar kepada urusetia sebelum atau pada 28 Disember 2020

c. Mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya akan diumumkan pada 1 January 2021


HADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

a. Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan – sijil akan diemail kepada semua peserta

b. Hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut:-

i. Juara = RM500.00 + Sijil

ii. Naib Juara =RM300.00 + Sijil

iii. Ke 3 = RM200 + Sijil

iv. Undian tertinggi online bagi peserta peringkat akhir = RM100.00 + sijil

2,170 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page